Friday 28 September 2012

Dari RM100 menjadi RM60 ribu

 
Setiap hari semakin ramai yang sms dan email, minta saya terangkan sama ada tentang pelaburan Unit Trust melalui KWSP mahu pun cash dan ada juga yang email terus minta berjumpa untuk terangkan dengan lebih lanjut.

Seronok rasanya sebab nampaknya semakin ramai dah ada kesedaran untuk mulakan pelaburan awal-awal lagi, sebab ramai yang contact saya di kalangan orang muda.

Tak kisah lah anda nak invest sikit atau banyak, saya cuba bantu mana yang boleh, niat saya bukan untuk mengejar komisen semata-mata tetapi membantu orang ramai untuk memulakan simpanan dan pelaburan untuk masa depan yang lebih baik.

Syukur… saya dah jumpa kerjaya separuh masa yang sesuai iaitu kerjaya yang flexible, modal rendah, memberi manfaat pada diri sendiri dan juga orang lain. Masalah sikit-sikit tu adalah, mana ada kerja yang mudah dalam dunia ni, buat kerja apa-apa pun mesti ada juga dugaan dan rintangan, kan?

Apa yang penting kita terus fokus kepada apa yang diusahakan sekarang. :) 

Ok, sekarang saya nak celoteh tentang nilai RM100..berapakah nilai RM100 untuk anda?

Bayangkanlah setiap bulan kalau kita bawa RM100 ke pasar raya untuk shopping, sekelip mata saja boleh habis RM100 tu, kadang-kadang untuk benda-benda yang tak berfaedah pun tetapi just imagine kalau kita pejam mata simpan RM100 sebulan di Unit Trust, selepas 20 tahun kita boleh menjana lebih kurang RM60k – RM70k dengan unit trust..

Iye, simpan RM100 saja sebulan boleh kumpul RM60k dalam masa 20 tahun. Jumlah yang dilaburkan lebih kurang RM20k saja.

Kalau kita alert dengan keadaan ekonomi dan buat strategi top-up lebih semasa harga rendah, pulangan kita akan jadi lebih banyak.

Jadi, mulakanlah pelaburan seawal yang mungkin, kalau dah ada niat tu jangan tangguh-tangguh duk rasa awal lagi untuk mulakan pelaburan, bak kata pakar kewangan,  

” There is never too early to start investing”.

Saya dah dengar ramai luahan klien yang mulakan pelaburan lewat ni, mereka menyesal kerana tak mula melabur awal-awal lagi..saya bukan buat-buat cerita ya, ini kisah benar.

Hubungi saya untuk mulakan pelaburan anda, demi masa depan yang lebih gemilang :)

Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Hitung wang keperluan persaraan

 

Semua maklum akan kepentingan wang dalam kehidupan. Ini kerana apa sahaja urusan kehidupan melibatkan wang, sama ada keperluan mahupun kehendak. Dalam menjalani kehidupan, kita pasti pernah mengalami masalah kekurangan wang, lebih-lebih lagi pada pertengahan bulan.
Bayangkan, masalah kewangan turut dialami oleh mereka yang mempunyai pendapatan tetap mahupun tidak, apatah lagi bagi mereka yang terhenti aliran pendapatannya. Mereka yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah golongan pesara.
Oleh itu, amat penting untuk kita merancang kewangan sedari mula mempunyai punca pendapatan.
Seseorang perlu mula menghitung wang yang diperlukan sebagai persediaan awal bagi memenuhi keperluan persaraan tenteram kelak. Sebagai contoh, andaikan keperluan tahunan ialah RM50,000 (kira-kira lebih kurang RM4,000 sebulan).

Anggarkan bahawa wang simpanan persaraan akan menjana pulangan sebanyak 7% setahun. justeru, kita memerlukan sekurang-kurangnya RM714,286 (RM50,000/0.07) dalam simpanan untuk menampung perbelanjaan persaraan.

Perancangan kewangan persaraan memerlukan disiplin yang tinggi. Sentiasa fokus dalam mencapai matlamat tabungan. Elakkan daripada membuat pengeluaran wang simpanan persaraan sewenang-wenangnya bagi mempastikan ia mencukupi untuk menampung perbelanjaan sehingga akhir hayat.

Setelah menetapkan jumlah wang yang diperlukan, langkah seterusnya ialah untuk memberi komitmen penuh kepada jumlah yang hendak disimpan dan menguruskan portfolio pelaburan dengan berhemah. Plan pelaburan kendalian daripada syarikat unit trust No.1 dalam Malaysia misalnya menawarkan kadar dividen dari 10-30% setahun tertakluk kepada prestasi dana.

Juga, berbelanjalah mengikut keperluan dan maksimumkan simpanan untuk persaraan. :)