Pelaburan Persaraan

  “Pencen Tak Berduit” 

Baru-baru ini, laporan dalam Utusan Malaysia mengatakan bahawa purata caruman KWSP untuk pencarum adalah RM114,000 seorang selepas mereka pencen. Apaka maksud ini? Secara purata, mengikut jangka hayat 55-75 tahun, pencarum hanya menerima RM475 sebulan!

RM475 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM530. Sekiranya pencarum melakukan pengeluaran KWSP awal, jumlah ini akan berkurang lagi dan merumitkan kos sara hidup mereka yang pencen!

SELEPAS BERSARA, PARA PESARA KEHILANGAN SATU PUNCA PENDAPATAN BAGI MENJELASKAN BIL, MEMBELI MAKANAN DAN MINUMAN SERTA PAKAIAN, CUKAI, PETROL DAN PERBELANJAAN MELANCONG...

" Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh tiga (3) tahun"
~ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)~ 
(Sumber : NST, 27 Disember 2008)
  
Jadi apa perlu anda buat?

Jangan 100% mengharapkan simpanan KWSP sahaja. Anda perlu menyimpan juga sendiri!

Pengeluaran awal KWSP adalah “last resort” sekiranya mesti keluarkan wang sahaja!

Mulakan perniagaan atau mula melabur supaya kewangan masa depan kita lebih terjamin: 
 FORMULA: SIMPANAN, SIMPANAN, SIMPANAN
TIADA SIMPANAN, TIADA PERSARAAN !!

Dimulakan pada tahun 1996, Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1. 

Anda hanya boleh melabur melalui syarikat dana unit amanah atau Institut Pengurus Dana (IPD) yang dilantik oleh Kementerian Kewangan. 
Anda dibenarkan membuat pengeluaran seterusnya tiga (3) bulan selepas pengeluaran pertama, dengan syarat anda masih layak di bawah skim ini.


KELAYAKAN

Ahli-ahli KWSP mesti mempunyai Simpanan Asas yang ternyata di bawah mengikut umur untuk melabur. (RM Eligible - Minium jumlah RM dalam Akaun 1 mengikut umur)


Simpanan Asas yang diperlukan dala Akaun 1

Contoh:
Ahmad berumur 33 tahun. Berdasarkan penyata yang terkini, jumlah simpanan dalam Akaun 1 ialah RM70,000. Dengan merujuk kepada jadual Simpanan Asas di atas, simpanan asas yang diperlukannya dalam Akaun 1 ialah RM24,000. Ini bermakna dia layak mengeluarkan jumlah minimum RM1,000 dan maksimum RM9,200 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam unit-unit amanah.

Pengiraaan   =   (RM70,000-RM24,000) x 20%
                      =    RM9,200 

Pengeluaran seterusnya boleh dikeluarkan selepas 3 bulan dari pengeluaran yang terakhir.  

Pengiraan   =   (RM60,800-RM24,000) x 20%
                    =     RM7,360


UNTUK MENGETAHUI SAMA ADA ANDA LAYAK

  • Semak Penyata Akaun KWSP anda yang terkini.
  • Semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk KWSP di seluruh negara dengan menggunakan Mykad anda.
  • Melayari www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar i-Akaun. 
  •  Selepas itu, sekiranya anda berminat untuk menggandakan sebahagian simpanan, hubungi Clement Jouling di nombor talipon yang diberi untuk temujanji pelaburan anda.

Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment