Friday 8 June 2012

Kelebihan membuat simpanan tetap bulanan dalam unit trust


Manhattan Street

RCA (Ringgit Cost Average) atau simpanan tetap bulanan dalam unit trust adalah satu strategi pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan unit amanah pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan kitaran pasaran.

Justeru, para pelabur tidak perlu bimbang mengenai ‘market timing’ dan membolehkan pelabur tetap fokus pada matlamat pelaburan jangka panjang.

Sebagai contoh, pelabur boleh menyimpan dan melabur RM500 hingga RM1,000 daripada gaji mereka kepada dana unit amanah ataupun pelabur boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada sumber kewangan dan matlamat masa depan pelabur.

Dengan melabur secara berkala, iaitu satu jumlah yang tetap pada tempoh waktu tetap, para pelabur boleh membeli lebih unit apabila pasaran lebih rendah dan kurang unit ketika pasaran menaik. Strategi ini akan menghasilkan kos purata pelaburan yang lebih rendah daripada purata harga pasaran pada tempoh tertentu.

Mari kita lihat ilustrasi di bawah untuk melihat manfaat RCA melalui pelaburan unit amanah yang dibuat secara berkala:

 Katakan Encik Ali sebagai pelabur memutuskan untuk melabur dalam satu dana unit amanah dengan simpanan bulanan sebanyak RM400 sepanjang tempoh 24 bulan.

Merujuk kepada Jadual di atas, Encik Ali dapat mengumpul lebih units ketika Nilai Asset Bersih (NAB) seunit rendah dan kurang units apabila NAB tinggi dengan simpanan sebanyak RM400 sebulan. Dalam 12 bulan pertama semasa pasaran menaik (Jadual 1), Encik Ali mengumpul sebanyak 8,026.47 unit dengan purata kos sebanyak RM0.5980 seunit, iaitu kos yang lebih rendah daripada purata NAB seunit sepanjang tempoh tersebut iaitu RM0.6008.

Dalam 12 bulan kedua (Jadual 2) pula semasa pasaran menaik, Encik Ali mengumpul sebanyak 9,270.36 unit dengan purata kos sebanyak RM0.5178 seunit, iaitu kos yang lebih rendah daripada purata NAB seunit sepanjang tempoh tersebut iaitu RM0.5183.

Inilah konsep yang saya kongsikan pada bakal pelabur saya yang membuat simpanan bulanan di unit trust syarikat unit amanah No.1 di Malaysia.

Bertindaklah sekarang untuk membuat simpanan secara bulanan apabila berlaku kecemasan pada hari akan datang..di samping berpotensi mendapat pulangan pelaburan yang tinggi daripada unit trust. :)

Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang instrumen pelaburan, pelaburan unit amanah dan perancangan kewangan, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment