Pepatah Melayu mengatakan “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”.
Banyak lagi pepatah dan pendorong yang boleh dipegang oleh kita jika kita mahu berjaya.
Berikut adalah 10 orang gagal yang akhirnya berjaya menjadi yang terbaik di dunia.
1. Albert Einstein
Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori
relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka dia
adalah semasa kanak-kanak, beliau ialah terlambat bercakap dan juga
mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan
orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.
2. Abraham Lincoln
Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal.
Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang
ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.
3.Bill Gates
William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah
CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui
kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam
orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995
hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard
dan bekerja sebagai Office Boy.
4. Adam Khoo
Dia orang Singapura. Waktu kecil, ia adalah penggemar games yang
ekstrem dan TV. Sehari, ia boleh duduk berjam-jam di depan TV. Baik main
PS atau menonton TV.
Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak bodoh. Ketika darjah
empat , Ia dikeluarkan dari sekolah. Ia pun dimasukkan ke Sekolah Rendah
terburuk di Singapura. Ketika dia akan masuk Sekolah Menengah, ia
ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, ia belajar di Sek
Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi
lama kelamaan dia semakin baik justeru karena cemuhan kawan-kawannya,
hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.
Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26
tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset
setahun bernilai US$ 20 juta.
Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga
music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada
usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di
Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager
perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per
jam.
5. Aristotle Onassis:
Di sekolah, ia bodoh dan suka mencari pasal dan berlagak seperti
orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering
mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:
Teman-teman sekelas memuja dia kerana sikapnya, tetapi guru guru
dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang
dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan
menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.
Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk
berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi
seorang jutawan.
6. Thomas Alva Edison:
Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan
bodoh di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari
gurunya. ibunya membaca kertas tersebut,
Tommy, anak ibu, sangat bodoh. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah.
Ibunya terhenyak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad
yang teguh, ” anak saya Tommy, bukan anak bodoh. saya sendiri yang akan
mendidik dan mengajar dia.”
Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang,
salah satu saintis terbesar di dunia. Dia hanya bersekolah sekitar 3
bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan
penghalang untuk terus maju. Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa kanak-kanak tuli yang bodoh
sampai-sampai diminta keluar dari sekolah, akhirnya bisa menjadi seorang
genius? Jawabannya adalah ibunya!
Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.
Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.
7. Chris Gardner
Sudah pernah mdnonton film atau baca buku Pursuit of Happyness ?
Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan
oleh Will Smith. Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya.
Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan
membayar kredit, semuanya sudah dirasakan. Dia bukanlah orang
berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang, Kini dia
menjadi seorang jutawan yang sukses, motivator, entrepeneur dan
filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah
perniagaan saham.
8.Ludwig Van Beethoven
Jika anda mengenal seorang wanita yang sedang hamil, yang telah
mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami
gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan
menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya,
maka anda baru saja membunuh salah seorang termasyur dunia. Kerana anak
yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika
Beethoven berumur di hujung dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai
tampak, tapi akhirnya ia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9
simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan
biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik
teater, dan banyak lagi.
9. Louis Braille:
Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika
berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya
sendiri dengan alat pembuat lubang dari perkakas kerja ayahnya. Kemudian
mata yang satunya terkena sympathetic ophthalmia, kesan yang terjadi
karena kerosakan mata yang lainnya. Kebutaan tidak membuatnya putus asa,
ia menciptakan abjad Braille yang membantu orang buta membaca. Sekarang
siapa yang tidak tahu abjad Braille?
10. Mark Zuckerberg:
Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang
bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang
suka berhibur dengan internet. Dimulai dari sebuah laman penghubung
mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia
mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard
untuk mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal
sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang
ingin membeli Facebook 10 juta US$, tawaran dari viacom 750 juta dolar
dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.
Anda gagal kini? Tidak! Anda bukan gagal, cuma belum berjaya.