Ringgit Cost Averaging @ Pemurataan Kos Ringgit
RCA adalah satu teknik pelaburan yang
digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko pelaburan
berjumlah besar. Ia dilaksanakan melalui pelaburan satu jumlah tetap
pada waktu tempoh tetap ( samada bulanan atau suku tahunan) tanpa
menghiraukan harga unit ketika itu.
Contohnya, pelabur boleh memilih untuk
membuat pemotongan gaji terus / Standing Instruction sebanyak RM200
atau RM300 ke dalam akaun dana unit amanah anda. Bagi para pelabur wang
simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap
suku tahunan mengikut jumlah kelayakan sebagai contoh RM5,000 atau
RM10,000.
Jumlah dan kekerapan pelaburan walaubagaimanapun bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.
Bagaimana RCA berfungsi?
Lebih banyak unit dibeli apabila harga
rendah dan kurang unit dibeli semasa harga melambung tinggi. Walaupun
ia adalah satu teknik pelaburan yang efektif dan berkesan kerana
pelabur mengumpul unit bagi pelaburan mereka. Oleh itu, pelabur
dinasihatkan untuk memilih jumlah yang dirasakan selesa untuk melabur
di bawah semua keadaan pasaran.
Andaikan anda ingin menyimpan RM12,000 setiap
tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya
sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih
untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:
Pada akhir hujung tahun, keputusannya begini:
Purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1900, ini bermakna pelabur membeli murah 1% dari harga seunit di sepanjang tempoh.
Dan dari RM12,000 yang dilaburkan, kini pelaburan beliau bernilai RM13,692.10 bersamaan dengan keuntungan 12%.
Contoh pengamal RCA?
- Pelabur yang melabur menggunakan wang tunai mengikut amaun yang tetap melalui potongan gaji contohnya RM200/bulan.
- Pelabur yang melabur Unit Amanah menggunakan wang EPF mengikut amaun yang tetap sekali setiap 3 bulan.
Teruskan pelaburan anda dengan amalam RCA!
Clement Jouling ialah
Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant).
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.