Pelaburan Tunai

Satu soalan yang sering diajukan kepada saya oleh prospek adalah "berapakah pulangan yang akan saya perolehi dengan pelaburan unit amanah di Public Mutual?". Soalan ini tidak mempunyai jawapan jika ianya merujuk kepada pulangan pada masa depan sebab pulangan hanya diagihkan selepas berakhir tahun kewangan bagi sesuatu dana. 

Pulangan masa depan merupakan satu anggaran. Dengan pelan pelaburan yang sesuai dan diaplikasikan dengan penuh disiplin, matlamat pelaburan pastinya akan tercapai. Dibawah adalah satu pelan pelaburan yang boleh diaplikasikan (tunai sahaja):              
                                                            Klik imej untuk lebih jelas

 

Asas pelaburan adalah sebanyak RM1,000.00 dan tambahan pelaburan adalah RM100.00 sebulan.

Katakan secara purata keuntungan setiap tahun adalah 12%.
1) Pelabur A (kotak biru): melabur RM1,000 pada awal pelaburan sahaja. Tempoh wang yang dilaburkan 20 tahun.
2) Pelabur B (kotak kuning) melabur RM1,000 pada awal pelaburan dan membuat pelaburan tambahan (regular saving) setiap bulan sehingga 20 tahun.
Berapakah nilai pelaburan pelabur A & pelabur B pada tahun ke 20?

Kita lihat dulu perbezaan apabila Pelabur B membuat pelaburan tambahan minimum RM100.00 setiap bulan...

Jumlah nilai pelaburan Pelabur A pada tahun ke-20 = RM9646.29
Jumlah nilai pelaburan Pelabur B pada tahun ke-20 = RM106,484.78
PERBEZAAN YANG SANGAT KETARA!.

Cuba lihat bulatan merah di atas. 
Jumlah yang hampir sama boleh diperolehi Pelabur B dalam tahun ke-5 berbanding tahun ke-20 daripada pelabur A!

Itu jika nilai pelaburan tambahan RM100.00 setiap bulan, anda boleh lihat nilai yang lebih besar apabila nilai pelaburan tambahan RM200, RM300 dan seterusnya sebagaimana jadual di atas.

Saya mencadangkan anda membuat pelaburan tambahan setiap bulan dengan nilai yang konsisten/tetap. Anda akan tersenyum lebar melihat hasilnya nanti ;-). Buatlah pelaburan tambahan mengikut kemampuan anda.

Walaupun sedikit2... tetapi jika dilakukan secara tetap sepanjang tahun, MODAL PELABURAN SEMAKIN BESAR, KEUNTUNGAN SEMAKIN MENINGKAT & NILAI PEGANGAN UNIT PUN SEMAKIN BERTAMBAH! :-)

Simpanan bulanan boleh menggunakan Arahan Bank (Standing Instruction) atau Direct Debit Instruction dari Public Bank, Maybank , CIMB serta Bank Simpanan Nasional.

Dengan kaedah yang sama, lebih banyak pelabur menyimpan, maka keuntungan yang diperolehi juga jadi lebih tinggi.


Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.