Monday, 9 January 2012

Paras tertinggi indeks akhir tahun?

KUALA LUMPUR 6 Jan. — Indeks Komposit Bursa Malaysia dijangka mencecah paras 1,700 mata menjelang penghujung tahun ini jika tiada berlaku sebarang penghindaran risiko yang luar biasa.

Ketua Penyelidik/Strategi UBS Securities Malaysia Sdn. Bhd., Chris Oh berkata, jangkaan tersebut dilakukan berdasar kepada pertumbuhan perolehan saham pada paras sembilan peratus pada tahun ini dan 13 peratus pada tahun depan.

Bagaimanapun katanya, sekiranya krisis ekonomi di Eropah berpanjangan, barometer utama dijangka menjunam semula ke paras 1,300 mata.

“Krisis di zon Eropah dijangka menguasai pasaran ekuiti Asia tahun ini” katanya kepada pemberita pada taklimat Tinjauan Ekonomi Malaysia di sini hari ini.

Menurut Oh, walaupun ekonomi di zon Eropah dijangka jatuh tetapi ekonomi di Amerika Syarikat diunjurkan kekal sebagaimana sekarang.

Beliau yakin dengan pilihan raya yang semakin dekat, ia sedikit sebanyak mempengaruhi sentimen belian di bursa tempatan.

“Pasaran yakin kerajaan akan berbelanja bagi memastikan Bajet 2012 berjalan lancar dan ia sekali gus meningkatkan keupayaan ekonomi negara,” katanya.

Oh berkata, cakap-cakap pilihan raya umum akan diadakan tahun ini juga menjadi penentu kepada pertumbuhan dan perkembangan pasaran tempatan.

Bagaimanapun katanya, para pelabur mungkin mengambil sikap berhati-hati kerana masih tidak pasti dengan keputusan selepas pilihan raya nanti.

“Keputusan pilihan raya adalah amat penting di dalam menentukan arah pasaran sebagaimana terjadi pada enam pilihan raya lalu dengan keputusannya bercampur-campur, jadi ia sukar untuk dijangka,” katanya.

Oh bagaimanapun menjangka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pilihan raya seberapa segera selepas sentimen pasaran kembali pulih.

Walaupun tinjauan dijangka meningkat di Bursa Malaysia, UBS menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan bertumbuh di sekitar tiga peratus tahun ini,

Jangkaan tersebut berikutan permintaan global yang lemah dan pasaran kewangan yang mencabar. -utusan

NOTA Lot Tinggi: 
Bakal dan para pelabur unit amanah perlu merebut peluang melabur dalam dana secepat mungkin memandangkan harga unit sekarang berada pada paras yang agak rendah. Gunakan leverage KWSP anda sebaik mungkin dan juga konsep Pemutaran Kos Ringgit untuk pembelian dan pengumpulan unit yang lebih murah pada harga yang rendah.


Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perancangan kewangan dan pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau di talian 016-509 0073 atau emailkan di clementjouling@yahoo.com untuk temujanji terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya. 

No comments:

Post a Comment