Tuesday 3 January 2012

Strategi Pelaburan Bagi Tahun 2012



Strategi ini dikenali ramai sebagai Pemurataan Kos Ringgit (RCA), yang memastikan anda membeli lebih banyak unit dalam sesuatu pelaburan semasa harganya rendah dan membeli kurang unit semasa harganya tinggi. Akhirnya, pelabur mencapai kos purata yang lebih rendah dan seterusnya akan memberikan pulangan yang lebih tinggi apabila pasaran memulih.
 
Bagaimana Pemurataan Kos Ringgit (RCA) Berfungsi 
“Simpan sedikit simpan selalu – pemurataan kos dollar (ringgit) berkesan jika anda terus menggunakannya.”
Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.   

Untuk menjelaskan pemurataan kos dolar secara mudah, katakan anda mahu menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung persaraan anda. Daripada melaburkan jumlah ini sekali gus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, anda mengambil keputusan untuk melaburkan sebanyak RM1,000 dalam dana unit amanah setiap bulan seperti yang ditunjukkan dalam carta berikut:
  
Bulan
Jumlah Pelaburan (RM)
Harga Seunit (RM)
Bilangan Unit Dibeli
Januari
1,000
0.2549
3,923.11
Februari
1,000
0.2261
4,422.82
Mac
1,000
0.2068
4,835.59
April
1,000
0.1846
5,417.12
Mei
1,000
0.1645
6,079.03
Jun
1,000
0.1589
6,293.27
Julai
1,000
0.1477
6,770.48
Ogos
1,000
0.1617
6,184.29
September
1,000
0.1947
5,136.11
Oktober
1,000
0.2035
4,914.00
November
1,000
0.2248
4,448.40
Disember
1,000
0.2510
3,984.06
Jumlah
RM12,000                       
62,408.28





















 
Keputusan

Kos Purata Seunit RM0.1923
Harga Unit pada Disember RM0.2510
Nilai Pelaburan pada Disember *RM15,664.48
*62,408.28 unit x RM0.2510

Dalam contoh ini, dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit, kos purata seunit yang dilaburkan hanyalah RM0.1923, dan bukannya RM0.2549 jika pelabur melaburkan jumlah sekali gus pada bulan Januari.


Mengambil Kesempatan daripada Kejatuhan Pasaran

RCA merupakan strategi yang agak berkesan semasa pasaran menurun atau semasa pasaran meruap bagi pelabur jangka panjang. Strategi terus melaburkan sejumlah tetap wang semasa pasaran mengalami kejatuhan akan membolehkan pelabur mengumpulkan saham yang terkurang nilai (di bawah nilai sebenarnya).

Mark Mobius, pengurus dana pasaran baru di Templeton Asset Management Ltd, pernah berkata dalam temu bualnya dengan majalah Fortune: “Pelabur hendaklah menggunakan kaedah pemurataan kos dolar dengan melaburkan sejumlah tetap pada tempoh waktu yang tetap, dan bertahan di situ. Tiada siapa yang tahu sama ada pasaran akan naik, turun, atau mendatar.”

Dengan menganggap kemerosotan pasaran sebagai peluang yang baik untuk membeli, anda boleh meningkatkan potensi pulangan jangka panjang anda apabila pasaran lama-kelamaannya melantun. Dari segi sejarahnya, pasaran Malaysia telah mencatatkan arah aliran menaik dalam jangka panjang dan pelabur yang membeli semasa harga rendah akan mendapat keuntungan apabila harga naik .

Oleh itu, pelabur dinasihatkan supaya mengamalkan strategi melabur yang berdisiplin seperti RCA untuk mengambil kesempatan daripada kemeruapan dalam pasaran.

Terus Memegang Pelaburan Terbukti Memanfaatkan Dalam Jangka Panjang

TIADA kaedah yang terbukti berkesan untuk meramalkan ke arah mana pasaran akan bergerak dalam jangka pendek. Namun begitu, sesetengah orang masih cuba memasakan pergerakan pasaran dengan menjual pelaburan mereka apabila mereka rasa pasaran akan turun, dan membeli pelaburan apabila mereka rasa pasaran akan naik. Dengan mencuba memasakan pasaran, anda mungkin akan terlepas lonjakan pasaran yang boleh banyak meningkatkan pulangan keseluruhan anda dan kekayaan jangka panjang anda. Oleh itu, apa yang paling penting bukanlah memasakan pasaran, tetapi terus memegang pelaburan anda dan memfokus kepada objektif pelaburan jangka panjang.

Kesimpulan

SEPANJANG beberapa tahun lepas, para pelabur telah menyaksikan beberapa kejutan dan gangguan kepada pasaran kewangan global yang disebabkan oleh pelbagai faktor ekonomi dan geopolitik. Pasaran juga mungkin bertindak balas secara dramatik sebagai reaksi kepada peristiwa tertentu. Bersiap sedia dan terus bersedia untuk mengharungi waktu yang sukar seringkalinya menjadi faktor penentu untuk kejayaan jangka panjang.

Pelabur yang berpengalaman mengetahui bahawa dalam jangka panjang pasaran telah menunjukkan daya tahan semasa krisis. Sebagai contohnya, semasa krisis kewangan global baru-baru ini, pasaran saham jatuh teruk pada tahun 2008 dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) FTSE Bursa Malaysia (FBMIKKL) jatuh sebanyak 39.33 peratus. Walau bagaimanapun, pasaran mula melantun kukuh mulai Mac 2009 dengan FBM IKKL mencatatkan pulangan satu tahun sebanyak 51.35 peratus pada 31 Mac 2010.

Pelabur yang berdisiplin, melabur dengan bijak, pandai mengambil peluang dan memegang pelaburan yang terpelbagai akan lebih yakin bahawa matlamat pelaburan mereka akan tercapai. Sebaliknya, pelabur yang didorong sentimen dan mempunyai matlamat jangka pendek mungkin berasa cemas semasa pasaran jatuh teruk pada penghujung 2008 dan menebus pelaburan unit amanah mereka, sekali gus mengakibatkan kerugian yang belum terealisasi menjadi kerugian yang terealisasi. Jika mereka tidak menjual pelaburan mereka dan terus mengamalkan RCA, mereka akan dapat meminimumkan kerugian dan berkemungkinan mencapai pulangan yang positif.

Mengharungi Pasaran Naik dan Pasaran Turun

SEPANJANG 32 tahun lepas, pasaran saham tempatan telah mengalami naik turunnya. Sejak tahun 1976, FBM IKKL yang mewakili pasaran tempatan, telah menjanakan pulangan yang positif dalam tempoh 21 tahun. Daripada tempoh 21 tahun tersebut, peningkatan FBM IKKL melebihi 10 peratus sebanyak 15 tahun. Sebaliknya, FBM IKKL merosot sebanyak 11 tahun sejak ia dimulakan, dengan kerugian di antara 0.84 peratus (2005) dan 51.98 peratus (1997).

Namun, IKKL menikmati pulangan tahunan sebanyak 6.81 peratus setahun sejak 1976 meskipun berlaku pembetulan pasaran yang besar pada tahun 2008. Dalam tempoh ini, pasaran meruap tetapi pada umumnya bergerak naik sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan peningkatan permodalan pasaran syarikat-syarikat tersenarai.

Jadi, bilakah masa terbaik untuk melabur?

Tiada siapa pun yang boleh menjawab soalan ini, termasuk pakar pelaburan, disebabkan sifat pasaran yang meruap. Bahkan, adalah perkara biasa bagi sesetengah pelabur memasuki pasaran pada permulaan kenaikan pasaran, manakala ada pula yang menyertai pasaran semasa pasaran mencapai paras tertingginya dan bakal mengalami pembetulan.

Para pelabur sedemikian akan menanggung kerugian seperti mana ketika krisis kewangan Asia 1997/98. Tetapi pelabur yang mengamalkan RCA ketika pasaran meruap akan dapat mengurangkan sebahagian daripada kerugian teruk semasa pasaran jatuh.

For those interested and intended friends out there... Don't miss the bus!!  

Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perancangan kewangan dan pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau di talian 016-509 0073 atau emailkan di clementjouling@yahoo.com untuk temujanji terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya. 

No comments:

Post a Comment