Seperti yang saya war-warkan sebelum ini, saya adalah Part Time Unit
Trust Consultant dan sentiasa berjumpa prospek especially yang mempunyai
simpanan KWSP tetapi tidak transfer sebahagian daripada simpanan KWSP
mereka ke Dana Unit Trust.
Secara ikhlasnya, saya bagitahu golongan ini, mereka memang tidak
berapa bijak merebut peluang sebab tidak menggunakan peluang yang
diberikan KWSP untuk menggandakan simpanan KWSP mereka melalui Pelaburan
Unit Amanah. Inia dalah kerana KWSP tidak akan mampu memberikan dividend
melebihi 10% setahun dek kerana kekangan peraturan pelaburan yang
ditetapkan oleh mereka.
Anda nak tahu apa alasan yang diberikan oleh golongan sebegini?
Mereka kata melabur dalam Unit Amanah adalah BERISIKO TINGGI.
Para pembaca blog sekalian, sebenarnya pelaburan dalam dana unit
amanah memberi peluang kepada pemegang unit untuk mengurangkan
risiko pelaburan dengan melakukan proses penyebaran risiko dengan
melabur dalam pelbagai instrumen pelaburan seperti saham dan
sekuriti yang luas dalam syarikat, sektor atau lokasi yang berlainan.
Kepelbagaian portfolio mengurangkan risiko pelaburan
berbanding pelaburan secara langsung dalam pasaran ekuiti mahupun
sekuriti. Sekiranya berlaku kejatuhan aset pelaburan tertentu,
kenaikan harga dan nilai aset lain dalam portfolio pelaburan
dapat menampung kerugian tersebut.
Lagipun, objektif pelaburan Unit Amanah adalah untuk jangka masa lebih dari 3 tahun dan bukannya untuk jangka masa pendek.
Hakikat yang perlu kita terima adalah, walaupun menyimpan dalam KWSP
pun ada RISIKO juga iaitu risiko Inflasi. Tahun lepas, inflasi adalah
4%, dan dividend KWSP adalah 6%, jadi pencarum hanya memperolehi
keuntungan sebenar 2% sahaja!
Tahukah anda bahawa kebanyakan Dana Shariah Unit Amanah yang diluluskan oleh EPF rata-rata memberi pulangan antara 10%-15%
setahun?
Sekiranya kita tak ambil tindakan dari awal, memang boleh mengggigit
jari…mana taknya, RM10,000.00 dengan 12% dividend boleh jadi RM96,463.00
selepas 20 tahun.. tapi dengan dividend EPF, RM10,000.00 hanya menjadi
RM32,071.00 dalam tempoh yang sama.
Saya pasti anda adalah seorang yang bijak dan ingin mengambil
tindakan PANTAS dan tidak mahu menangguhkan peluang KEEMASAN ini…FAST
ACTION…FAST RESULT…
Ok, jumpa lagi dalam posting seterusnya atau anda boleh emailkan saya
di clementjouling@yahoo.com untuk kita berjumpa bagi saya menerangkan
lebih lanjut tentang cara pemindahan simpanan KWSP ke Dana Unit Amanah.
Salam Hormat.
Clement Jouling ialah
Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant).
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang instrumen
pelaburan dan pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.
No comments:
Post a Comment