Setiap hari semakin ramai yang sms dan email, minta saya terangkan
sama ada tentang pelaburan Unit Trust melalui KWSP mahu pun cash dan ada
juga yang email terus minta berjumpa untuk terangkan dengan lebih lanjut.
Seronok rasanya sebab nampaknya semakin ramai dah ada kesedaran untuk
mulakan pelaburan awal-awal lagi, sebab ramai yang contact saya di
kalangan orang muda.
Tak kisah lah anda nak invest sikit atau banyak, saya cuba bantu mana
yang boleh, niat saya bukan untuk mengejar komisen semata-mata tetapi
membantu orang ramai untuk memulakan simpanan dan pelaburan untuk masa
depan yang lebih baik.
Syukur… saya dah jumpa kerjaya separuh masa yang sesuai iaitu kerjaya
yang flexible, modal rendah, memberi manfaat pada diri sendiri dan juga
orang lain. Masalah sikit-sikit tu adalah, mana ada kerja yang mudah
dalam dunia ni, buat kerja apa-apa pun mesti ada juga dugaan dan
rintangan, kan?
Apa yang penting kita terus fokus kepada apa yang diusahakan sekarang.
Ok, sekarang saya nak celoteh tentang nilai RM100..berapakah nilai RM100 untuk anda?
Bayangkanlah setiap bulan kalau kita bawa RM100 ke pasar raya untuk
shopping, sekelip mata saja boleh habis RM100 tu, kadang-kadang untuk
benda-benda yang tak berfaedah pun tetapi just imagine kalau kita pejam
mata simpan RM100 sebulan di Unit Trust, selepas 20 tahun kita boleh
menjana lebih kurang RM60k – RM70k dengan unit trust..
Iye, simpan RM100 saja sebulan boleh kumpul RM60k dalam masa 20 tahun. Jumlah yang dilaburkan lebih kurang RM20k saja.
Kalau kita alert dengan keadaan ekonomi dan buat strategi top-up
lebih semasa harga rendah, pulangan kita akan jadi lebih banyak.
Jadi, mulakanlah pelaburan seawal yang mungkin, kalau dah ada niat
tu jangan tangguh-tangguh duk rasa awal lagi untuk mulakan pelaburan,
bak kata pakar kewangan,
” There is never too early to start investing”.
Saya dah dengar ramai luahan klien yang mulakan pelaburan lewat ni,
mereka menyesal kerana tak mula melabur awal-awal lagi..saya bukan
buat-buat cerita ya, ini kisah benar.
Hubungi saya untuk mulakan pelaburan anda, demi masa depan yang lebih gemilang
Clement Jouling ialah
Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant).
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.
No comments:
Post a Comment