Friday 28 September 2012

Hitung wang keperluan persaraan

 

Semua maklum akan kepentingan wang dalam kehidupan. Ini kerana apa sahaja urusan kehidupan melibatkan wang, sama ada keperluan mahupun kehendak. Dalam menjalani kehidupan, kita pasti pernah mengalami masalah kekurangan wang, lebih-lebih lagi pada pertengahan bulan.
Bayangkan, masalah kewangan turut dialami oleh mereka yang mempunyai pendapatan tetap mahupun tidak, apatah lagi bagi mereka yang terhenti aliran pendapatannya. Mereka yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah golongan pesara.
Oleh itu, amat penting untuk kita merancang kewangan sedari mula mempunyai punca pendapatan.
Seseorang perlu mula menghitung wang yang diperlukan sebagai persediaan awal bagi memenuhi keperluan persaraan tenteram kelak. Sebagai contoh, andaikan keperluan tahunan ialah RM50,000 (kira-kira lebih kurang RM4,000 sebulan).

Anggarkan bahawa wang simpanan persaraan akan menjana pulangan sebanyak 7% setahun. justeru, kita memerlukan sekurang-kurangnya RM714,286 (RM50,000/0.07) dalam simpanan untuk menampung perbelanjaan persaraan.

Perancangan kewangan persaraan memerlukan disiplin yang tinggi. Sentiasa fokus dalam mencapai matlamat tabungan. Elakkan daripada membuat pengeluaran wang simpanan persaraan sewenang-wenangnya bagi mempastikan ia mencukupi untuk menampung perbelanjaan sehingga akhir hayat.

Setelah menetapkan jumlah wang yang diperlukan, langkah seterusnya ialah untuk memberi komitmen penuh kepada jumlah yang hendak disimpan dan menguruskan portfolio pelaburan dengan berhemah. Plan pelaburan kendalian daripada syarikat unit trust No.1 dalam Malaysia misalnya menawarkan kadar dividen dari 10-30% setahun tertakluk kepada prestasi dana.

Juga, berbelanjalah mengikut keperluan dan maksimumkan simpanan untuk persaraan. :)

No comments:

Post a Comment