Saturday, 12 January 2013

For many, EPF nest egg may not last the distance

One consultant said RM100,000 in EPF savings was insufficient to fund a leisurely retirement. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Jan 12 — Retirement must be the sweetest moment for any employee who has worked for over 20 years as it will allow them to rest and do leisure activities with their loved ones.

However, inadequate retirement funds may bring these dreams crashing down as some may continue to work following failure to manage their Employees Provident Fund (EPF), the only retirement scheme in the country.

According to studies conducted by the EPF, 70 per cent of inactive contributors had retirement savings of below RM50,000 and will spend it within the first five years of retirement.

Without financial stability from personal saving, pension or children to support them, this situation could put many retirees in a troubling position.

According to EPF’s senior public relations manager Nik Effendi Jaafar, the EPF hoped to increase their members’ saving with the introduction of the minimum wage.

“The main contributing factor for this situation is that low income earners will contribute a small amount into their EPF until their retirement age.

“We hope the minimum wage implemented this year will increase member contributions,” he told Bernama here today.

However, he said the EPF would like to remind its members that their responsibility was to provide basic financial security for retirement but there was a possibility that the funds would not be sufficient for their needs.

Therefore, he said members were encouraged not to depend entirely on their EPF savings by choosing other investment options to increase their savings.

“In addition to that, to avoid reducing their EPF savings, members should only make pre-retirement withdrawals only when necessary. More importantly, we emphasise that a comfortable retirement is possible through sound financial planning,” he said.

Malaysian Government Pensioners Association (PPKM) president Datuk Wan Mahmood Pawan Teh said a panel to provide financial management courses to future retirees should be set up to help them save more and manage their money well after retiring.

“For example, there are suggestions for contributors to invest in asset management companies, but the government has not provided detailed information to them so that they are not exposed to risks or fraud.

“Not all contributors, including from the private sector, can manage funds well. So we want contributors to understand the way to save, invest, set up business and spend in time for their retirement,” he said.

Independent financial consultant Fiona Tahir said, at the age of 55, even if a person receives more than RM100,000 in EPF funds, they still cannot live comfortably.

The best way is to have other forms of saving and to invest at least 10 per cent of the net monthly salary.

“Saving up through normal saving with low return is useless. Savings must be invested in an instrument that yields higher returns than the inflation rate,” she said.

Therefore she advised EPF contributors to invest in unit trust as it was capable of increasing retirement saving with low risk.

“However, we must remember that unit trust is a long-term investment for financial planning during retirement, children’s education, or for emergency matters especially health-related,” she said.

She said each investment, including property, gold and more also had risks and each individual needs to have savings or investment other than EPF to face retirement.

She added that the public should not get involved in suspicious investment schemes which promise high returns in a short period of time. — Bernama

Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang instrumen pelaburan dan pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Thursday, 27 December 2012

Rancang Kewangan Anda


SOAL kewangan memang menjadi topik hangat setiap kali menjelang tahun baru. Boleh dikatakan setiap individu yang bekerja mempunyai azam baru dan semangat untuk memastikan perjalanan kewangan mereka berjalan dengan lancar sepanjang tahun itu.

Tiada istilah terlambat bagi setiap individu untuk memulakan sesuatu perancangan kewangan yang baik.

Pengerusi Eksekutif dan juga Ketua Perunding Kewangan Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd., Rohani Datuk Mohd. Shahir mempunyai panduan untuk resolusi kewangan 2010.

Menurut Rohani, sebelum memulakan resolusi setiap individu perlu terlebih dahulu mengetahui kedudukan kewangan sekarang.

Caranya ialah dengan menyenaraikan semua hutang dan harta serta kemaskini semua perbelanjaan bulanan.

“Untuk berjimat apa yang penting kita perlu simpan wang sebelum dibelanja. Pastikan tabungan sekitar enam hingga lapan bulan kos saraan hidup.

“Prinsip asasnya ialah belanja apa yang perlu bukan apa yang kita mahu. Selain itu kita perlu tetapkan matlamat untuk kurangkan hutang dan jangan tambah hutang baru pada tahun 2010 ini,” ujar Rohani yang mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan kewangan.

Rohani tidak menafikan ramai antara rakyat Malaysia yang terikat dengan komitmen pembiayaan bulanan, hutang peribadi, kad kredit dan sebagainya.

Antara persoalan yang harus ditanya pada diri si penghutang ialah adakah mereka mempunyai tabung kecemasan dan adakah pekerjaan mereka kukuh? Dan jika jawapannya ‘ya’ maka perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menjelaskan hutang-hutan peribadi terutama kad kredit.

“Caranya ialah dengan menyenaraikan baki yang paling rendah hingga yang tinggi, cuba bayar lebih setiap bulan bagi melangsaikan hutan yang baki terendah secepat mungkin baki terendah dan ulang tindakan ini kepada hutang kad kredit seterusnya dengan kesan snow ball.

“Kemudian boleh mulakan pelan perbelanjaan dengan cara menyediakan bajet perbelanjaan. Pastikan sentiasa fokus terhadap apa yang ‘diperlukan’ dan bukan apa yang ‘dimahukan’.

“Mulakan pelan tabungan dan sasarkan untuk capai cukup untuk lapan bulan kos saraan hidup (perbelanjaan bulanan). Periksa berapa yang mampu disimpan dan tambah 20 peratus daripada jumlah simpanan tersebut,” jelas beliau.

Rohani juga berpesan, untuk mengelakkan perbelanjaan di luar dugaan seperti perubatan dan sebagainya, sebaiknya individu mempunyai pelan perlindungan, bukan sahaja untuk diri sendiri malah ahli keluarga juga.
“Ini penting dan jika memilih polisi pastikan anda ambil polisi hospital dan pembedahan untuk menampung kos hospital supaya tidak timbul masalah kewangan kelak,” tambahnya.

Penuhi kehendak
Kereta dan rumah memang merupakan impian bagi semua yang bekerja.

“Ansuran kereta dan rumah merupakan 50-60 peratus daripada gaji individu, jadi seeloknya jangan membuat hutang atau membeli kereta yang mana ansurannya melebihi 30 peratus daripada gaji anda.

” Sebaiknya, letakkan deposit di antara 10-20 peratus dan berhutang jangan melebihi lima tahun. Jangan terpedaya dengan skim bayaran pendahuluan ’0′ dan berhutang sehingga sembilan tahun.

“Beli kereta atas dasar keperluan bukan kerana ingin bergaya, jika perlu kereta sedan jangan pula pilih kenderaan pelbagai guna (MPV),” kata Rohani lagi.

Lazimnya keperluan untuk menyediakan tabung kecemasan adalah antara tiga hingga enam perbelanjaan bulanan. Jadi jika terjadi perbelanjaan di luar jangkaan, ini boleh digunakan dan sediakan ini dulu sebelum melabur.

“Sistem sampul surat sesuai bagi mengenal pasti ke mana wang pergi setiap bulan. Amalkan ini supaya perbelanjaan terkawal walaupun mempunyai anak ramai kerana ia sudah terbukti berkesan.

“Ada pasangan suami isteri yang mengamalkan sistem ini selama 20 tahun dan mereka telah berjaya mengumpul tabungan mencecah RM400,000.

“Bayar untuk perbelanjaan diri dulu. Kemudian asingkan wang pada awal bulan mungkin dalam lingkungan 10 hingga 20 peratus daripada gaji dan letakkan dalam akaun yang tidak ada kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

” Bila mencukupi mulalah melabur dan teruskan setiap bulan. Jika disimpan RM100 sebulan dengan pulangan 10 peratus setahun dalam tempoh 30 tahun akan menghasilkan RM226,048 pada akhir tempoh,” ujarnya.

Jangan Terpedaya
Rohani turut berpesan agar berhati-hati dengan sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan segera.

Jika seseorang itu dijanjikan pulangan setiap bulan dengan kadar yang tidak munasabah, sebagai contoh melebihi dua peratus sebulan, dikatakan tiada risiko, tiada barangan dan hanya perlu ‘cari orang’, besar kemungkinan ia skim cepat kaya.

Jika berlaku keadaan itu langkah paling bijak ialah buat semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti (SC) tentang kesahihan skim tersebut kerana setiap syarikat penerima wang mestilah berlesen dari dua agensi tersebut.

Bagi individu yang memasang niat untuk membuat pinjaman peribadi, janganlah ambil hanya kerana ia mudah nak dapat. Pastikan anda benar-benar perlu baru ambil. Sebagai contoh untuk perubatan, tetapi sebaiknya sediakan polisi perubatan untuk ini.

“Jangan juga melabur dengan menggunakan pinjaman peribadi sebab anda kena tolak kos pinjaman sebelum mendapat keuntungan bersih di atas pelaburan,” pesan Rohani.

Sumber: Utusan Online

Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Friday, 28 September 2012

Dari RM100 menjadi RM60 ribu

 
Setiap hari semakin ramai yang sms dan email, minta saya terangkan sama ada tentang pelaburan Unit Trust melalui KWSP mahu pun cash dan ada juga yang email terus minta berjumpa untuk terangkan dengan lebih lanjut.

Seronok rasanya sebab nampaknya semakin ramai dah ada kesedaran untuk mulakan pelaburan awal-awal lagi, sebab ramai yang contact saya di kalangan orang muda.

Tak kisah lah anda nak invest sikit atau banyak, saya cuba bantu mana yang boleh, niat saya bukan untuk mengejar komisen semata-mata tetapi membantu orang ramai untuk memulakan simpanan dan pelaburan untuk masa depan yang lebih baik.

Syukur… saya dah jumpa kerjaya separuh masa yang sesuai iaitu kerjaya yang flexible, modal rendah, memberi manfaat pada diri sendiri dan juga orang lain. Masalah sikit-sikit tu adalah, mana ada kerja yang mudah dalam dunia ni, buat kerja apa-apa pun mesti ada juga dugaan dan rintangan, kan?

Apa yang penting kita terus fokus kepada apa yang diusahakan sekarang. :) 

Ok, sekarang saya nak celoteh tentang nilai RM100..berapakah nilai RM100 untuk anda?

Bayangkanlah setiap bulan kalau kita bawa RM100 ke pasar raya untuk shopping, sekelip mata saja boleh habis RM100 tu, kadang-kadang untuk benda-benda yang tak berfaedah pun tetapi just imagine kalau kita pejam mata simpan RM100 sebulan di Unit Trust, selepas 20 tahun kita boleh menjana lebih kurang RM60k – RM70k dengan unit trust..

Iye, simpan RM100 saja sebulan boleh kumpul RM60k dalam masa 20 tahun. Jumlah yang dilaburkan lebih kurang RM20k saja.

Kalau kita alert dengan keadaan ekonomi dan buat strategi top-up lebih semasa harga rendah, pulangan kita akan jadi lebih banyak.

Jadi, mulakanlah pelaburan seawal yang mungkin, kalau dah ada niat tu jangan tangguh-tangguh duk rasa awal lagi untuk mulakan pelaburan, bak kata pakar kewangan,  

” There is never too early to start investing”.

Saya dah dengar ramai luahan klien yang mulakan pelaburan lewat ni, mereka menyesal kerana tak mula melabur awal-awal lagi..saya bukan buat-buat cerita ya, ini kisah benar.

Hubungi saya untuk mulakan pelaburan anda, demi masa depan yang lebih gemilang :)

Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Hitung wang keperluan persaraan

 

Semua maklum akan kepentingan wang dalam kehidupan. Ini kerana apa sahaja urusan kehidupan melibatkan wang, sama ada keperluan mahupun kehendak. Dalam menjalani kehidupan, kita pasti pernah mengalami masalah kekurangan wang, lebih-lebih lagi pada pertengahan bulan.
Bayangkan, masalah kewangan turut dialami oleh mereka yang mempunyai pendapatan tetap mahupun tidak, apatah lagi bagi mereka yang terhenti aliran pendapatannya. Mereka yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah golongan pesara.
Oleh itu, amat penting untuk kita merancang kewangan sedari mula mempunyai punca pendapatan.
Seseorang perlu mula menghitung wang yang diperlukan sebagai persediaan awal bagi memenuhi keperluan persaraan tenteram kelak. Sebagai contoh, andaikan keperluan tahunan ialah RM50,000 (kira-kira lebih kurang RM4,000 sebulan).

Anggarkan bahawa wang simpanan persaraan akan menjana pulangan sebanyak 7% setahun. justeru, kita memerlukan sekurang-kurangnya RM714,286 (RM50,000/0.07) dalam simpanan untuk menampung perbelanjaan persaraan.

Perancangan kewangan persaraan memerlukan disiplin yang tinggi. Sentiasa fokus dalam mencapai matlamat tabungan. Elakkan daripada membuat pengeluaran wang simpanan persaraan sewenang-wenangnya bagi mempastikan ia mencukupi untuk menampung perbelanjaan sehingga akhir hayat.

Setelah menetapkan jumlah wang yang diperlukan, langkah seterusnya ialah untuk memberi komitmen penuh kepada jumlah yang hendak disimpan dan menguruskan portfolio pelaburan dengan berhemah. Plan pelaburan kendalian daripada syarikat unit trust No.1 dalam Malaysia misalnya menawarkan kadar dividen dari 10-30% setahun tertakluk kepada prestasi dana.

Juga, berbelanjalah mengikut keperluan dan maksimumkan simpanan untuk persaraan. :)