Friday, 28 September 2012

Dari RM100 menjadi RM60 ribu

 
Setiap hari semakin ramai yang sms dan email, minta saya terangkan sama ada tentang pelaburan Unit Trust melalui KWSP mahu pun cash dan ada juga yang email terus minta berjumpa untuk terangkan dengan lebih lanjut.

Seronok rasanya sebab nampaknya semakin ramai dah ada kesedaran untuk mulakan pelaburan awal-awal lagi, sebab ramai yang contact saya di kalangan orang muda.

Tak kisah lah anda nak invest sikit atau banyak, saya cuba bantu mana yang boleh, niat saya bukan untuk mengejar komisen semata-mata tetapi membantu orang ramai untuk memulakan simpanan dan pelaburan untuk masa depan yang lebih baik.

Syukur… saya dah jumpa kerjaya separuh masa yang sesuai iaitu kerjaya yang flexible, modal rendah, memberi manfaat pada diri sendiri dan juga orang lain. Masalah sikit-sikit tu adalah, mana ada kerja yang mudah dalam dunia ni, buat kerja apa-apa pun mesti ada juga dugaan dan rintangan, kan?

Apa yang penting kita terus fokus kepada apa yang diusahakan sekarang. :) 

Ok, sekarang saya nak celoteh tentang nilai RM100..berapakah nilai RM100 untuk anda?

Bayangkanlah setiap bulan kalau kita bawa RM100 ke pasar raya untuk shopping, sekelip mata saja boleh habis RM100 tu, kadang-kadang untuk benda-benda yang tak berfaedah pun tetapi just imagine kalau kita pejam mata simpan RM100 sebulan di Unit Trust, selepas 20 tahun kita boleh menjana lebih kurang RM60k – RM70k dengan unit trust..

Iye, simpan RM100 saja sebulan boleh kumpul RM60k dalam masa 20 tahun. Jumlah yang dilaburkan lebih kurang RM20k saja.

Kalau kita alert dengan keadaan ekonomi dan buat strategi top-up lebih semasa harga rendah, pulangan kita akan jadi lebih banyak.

Jadi, mulakanlah pelaburan seawal yang mungkin, kalau dah ada niat tu jangan tangguh-tangguh duk rasa awal lagi untuk mulakan pelaburan, bak kata pakar kewangan,  

” There is never too early to start investing”.

Saya dah dengar ramai luahan klien yang mulakan pelaburan lewat ni, mereka menyesal kerana tak mula melabur awal-awal lagi..saya bukan buat-buat cerita ya, ini kisah benar.

Hubungi saya untuk mulakan pelaburan anda, demi masa depan yang lebih gemilang :)

Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Hitung wang keperluan persaraan

 

Semua maklum akan kepentingan wang dalam kehidupan. Ini kerana apa sahaja urusan kehidupan melibatkan wang, sama ada keperluan mahupun kehendak. Dalam menjalani kehidupan, kita pasti pernah mengalami masalah kekurangan wang, lebih-lebih lagi pada pertengahan bulan.
Bayangkan, masalah kewangan turut dialami oleh mereka yang mempunyai pendapatan tetap mahupun tidak, apatah lagi bagi mereka yang terhenti aliran pendapatannya. Mereka yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah golongan pesara.
Oleh itu, amat penting untuk kita merancang kewangan sedari mula mempunyai punca pendapatan.
Seseorang perlu mula menghitung wang yang diperlukan sebagai persediaan awal bagi memenuhi keperluan persaraan tenteram kelak. Sebagai contoh, andaikan keperluan tahunan ialah RM50,000 (kira-kira lebih kurang RM4,000 sebulan).

Anggarkan bahawa wang simpanan persaraan akan menjana pulangan sebanyak 7% setahun. justeru, kita memerlukan sekurang-kurangnya RM714,286 (RM50,000/0.07) dalam simpanan untuk menampung perbelanjaan persaraan.

Perancangan kewangan persaraan memerlukan disiplin yang tinggi. Sentiasa fokus dalam mencapai matlamat tabungan. Elakkan daripada membuat pengeluaran wang simpanan persaraan sewenang-wenangnya bagi mempastikan ia mencukupi untuk menampung perbelanjaan sehingga akhir hayat.

Setelah menetapkan jumlah wang yang diperlukan, langkah seterusnya ialah untuk memberi komitmen penuh kepada jumlah yang hendak disimpan dan menguruskan portfolio pelaburan dengan berhemah. Plan pelaburan kendalian daripada syarikat unit trust No.1 dalam Malaysia misalnya menawarkan kadar dividen dari 10-30% setahun tertakluk kepada prestasi dana.

Juga, berbelanjalah mengikut keperluan dan maksimumkan simpanan untuk persaraan. :)

Sunday, 24 June 2012

Dana negeri mencari kawasan lebih selamat apabila pasaran tempatan merundum


Manhattan Street

June 24, 2012

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Dana pelaburan negara Malaysia mengalir berbilion-bilion ringgit ke luar negara mencari kawasan selamat apabila ekonomi tempatan kelihatan terus mengalami kejatuhan harga sepanjang tahun dengan beberapa indeks berterusan  dijangka mengalami kemerosotan dalam bulan-bulan berikutnya.

Indeks utama Malaysia, yang menunjukkan aktiviti ekonomi akan datang, mengalami penurunan pada bulan kedua berturut-turut pada April, memberi isyarat bahawa  berturut-turut melambatkan perkembangan bersedia untuk diteruskan, kata para penganalisis.

Ahli-ahli ekonomi berkata kepada The Malaysian Insider yang dana seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan dilihat mempelbagaikan portfolio mereka apabila peluang-peluang tempatan semakin mengecil.

"Peluang-peluang domestik dibataskan dan diberi pulangan tinggi berpotensi atas jangka masa panjang dalam ekonomi-ekonomi sedih pasaran maju, dana ini mungkin juga boleh juga mengelakkan gelembung aset tempatan,"kata Yeah Kim Leng, ketua pakar ekonomi penyelidik kredit RAM Holdings.

Malaysian Insider difahamkan bahawa KWSP,  telah membeli dana pelaburan kerajaan bernilai RM8 bilion di hartanah London sepanjang 18 bulan yang lalu, telah mengembangkan portfolio asing sebanyak 50 peratus sejak 2010.

Satu sumber dari dana pencen terbesar negara berkata portfolio luar negerinya sekarang berada pada satu rekod 14 peratus dengan RM500 bilion di pelupusannya dengan laporan sebelum ini mengatakan pertumbuhan portfolio ini untuk 20 peratus pada 2014, memberinya RM30 bilion untuk dibelanjakan.

"Kami mencari tempat perlindungan selamat kerana kami tidak mahu meletakkan semua risiko dalam satu tempaty," kata sumber, dan RM5 bilion telah disimpan untuk hartanah dalam modal kewangan global, di mana separuhnya telah terikat.

Beliau juga menyatakan bahawa dengan kadar faedah rendah secara global, "tidak ada guna menjalankan pendapatan tetap," menambah bahawa terdapat satu kemungkinan besar KWSP akhirnya akan memperuntukkan lebih banyak dana bagi modal di UK.

"Sekarang terdapat pilihan sangat sedikit di sini. Malah yang dipanggil kaunter-kaunter cip biru ialah "bukan betul-betul biru" dan terdapat banyak ketakpastian dengan pilihan raya akan datang," tambah sumber.

Bank of America Merill Lynch baru muncul ekonomi Asia Chua Hak Bin juga berkata melihat keadaan luar negeri positif untuk kedua-dua ekonomi tempatan dan pelaburan dana negara.

"KWSP, misalnya, mungkin memiliki lebih kurang 20 peratus pasaran stok ekuiti dan telah tidak dapat memuatkan pemain-pemain lain, didorong kenaikan penilaian-penilaian dan dikurangkan kecairan pasaran.

Chua menekankan London kerana ia adalah satu pilihan utama untuk kepelbagaian kerana "hak harta benda jelas dan UK jelas terbuka kepada pelaburan asing."

KWSP yang  dikaitkan dengan loji kuasa Battersea di kawasan selatan di daerah kewangan London, yang sejak itu direbut oleh gergasi-gergasi pembangunan hartanah Malaysia seperti SP Setia dan Sime Darby untuk kira-kira RM2 bilion.

Tetapi dana  telah membuktikan sekurang-kurangnya RM10 bilion untuk membeli harta di London baru-baru ini, dengan jemaah-jemaah membiayai Tabung Haji yang terkini, mengumumkan pada April yang RM1 bilion telah disimpan di pelaburan di luar Malaysia.

PNB menyempurnakan satu perjanjian pada Mac apabila membeli mercu tanda London, One Exchange Square di bandar raya itu di daerah kewangan untuk £500 juta (RM2.5 bilion), membawa pesta pembelian pengurus aset milik negeri di ibu negara British itu tahun lepas untuk lebih daripada RM4 bilion.

Ia juga dilaporkan akan mencari sebagai pinjaman £628 juta dalam tempoh lima tahun bagi membantu membiayai membeli-belahnya di tiga mercu tanda ciri-ciri London, kata penerbitan Thomson Reuters, Basis Point, bulan lalu.

Walaupun merancang untuk membeli 350,000 kaki persegi bangunan Woolgate Exchange di bandar raya itu daerah kewangan untuk RM1.27 bilion tidak menjadi pada saat akhir pada April.

KWSP juga meminjam £300 juta pada Disember dalam pinjaman luar pesisir pertamanya bagi membiayai pemerolehan tiga harta berasaskan di  London.

Ia juga dilaporkan Ogos lepas dalam perbincangan membeli pusat pengedaran Sainsbury, rangkaian pasar raya British di luar pusat London untuk RM400 juta, dan dua lagi di London untuk sejumlah RM1.5 bilion. 

Dana pencen terlebih dahulu membeli bangunan pejabat di London November lepas untuk RM780 juta sebagai sebahagian daripada rancangan-rancangan melabur sejumlah RM5 bilion dalam pasaran hartanah British.

Momentum bertambah ke arah pasaran British kerana Malaysia merekodkan satu pertumbuhan ekonomi hanya 4.7 peratus untuk tiga bulan pertama 2012, satu pertiga berturut-turut untuk suku tahunan kemelesetan.

Indeks utama Malaysia, yang diramalkan ke arah ekonomi, melihatkan satu kemerosotan 0.5 peratus pada April, kadar susut sama pada Mac dan perbandingan tajam dengan satu peningkatan 1.7 setiap sen pada Februari.

Sumber: The Malaysian Insider

p/s:-
Ambil peluang ini dikala harga saham yang semakin merundum untuk membeli unit - unit baru  yang lebih murah terutama buat rakan - rakan yang belum melaburkan sebahagian simpanan KWSP ke Unit Amanah.
       
Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang instrumen pelaburan dan pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Saturday, 23 June 2012

Betul ke pelaburan unit amanah berisiko tinggi?




Seperti yang saya war-warkan sebelum ini, saya adalah Part Time Unit Trust Consultant dan sentiasa berjumpa prospek especially yang mempunyai simpanan KWSP tetapi tidak transfer sebahagian daripada simpanan KWSP mereka ke Dana Unit Trust.

Secara ikhlasnya, saya bagitahu golongan ini, mereka memang tidak berapa bijak merebut peluang sebab tidak menggunakan peluang yang diberikan KWSP untuk menggandakan simpanan KWSP mereka melalui Pelaburan Unit Amanah. Inia dalah  kerana KWSP tidak akan mampu memberikan dividend melebihi 10% setahun dek kerana kekangan peraturan pelaburan yang ditetapkan oleh mereka.

Anda nak tahu apa alasan yang diberikan oleh golongan sebegini?

Mereka kata melabur dalam Unit Amanah adalah BERISIKO TINGGI.

Para pembaca blog sekalian, sebenarnya pelaburan dalam dana unit amanah memberi peluang kepada pemegang unit untuk mengurangkan risiko pelaburan dengan melakukan proses penyebaran risiko dengan melabur dalam pelbagai instrumen pelaburan seperti saham dan sekuriti yang luas dalam syarikat, sektor atau lokasi yang berlainan.

Kepelbagaian portfolio mengurangkan risiko pelaburan berbanding pelaburan secara langsung dalam pasaran ekuiti mahupun sekuriti. Sekiranya berlaku kejatuhan aset pelaburan tertentu, kenaikan harga dan nilai aset lain dalam portfolio pelaburan dapat menampung kerugian tersebut.

Lagipun, objektif pelaburan Unit Amanah adalah untuk jangka masa lebih dari 3 tahun dan bukannya untuk jangka masa pendek.

Hakikat yang perlu kita terima adalah, walaupun menyimpan dalam KWSP pun ada RISIKO juga iaitu risiko Inflasi. Tahun lepas, inflasi adalah 4%, dan dividend KWSP adalah 6%, jadi pencarum hanya memperolehi keuntungan sebenar 2% sahaja!

Tahukah anda bahawa kebanyakan Dana Shariah Unit Amanah yang diluluskan oleh EPF rata-rata memberi pulangan antara 10%-15% setahun?

Sekiranya kita tak ambil tindakan dari awal, memang boleh mengggigit jari…mana taknya, RM10,000.00 dengan 12% dividend boleh jadi RM96,463.00 selepas 20 tahun.. tapi dengan dividend EPF, RM10,000.00 hanya menjadi RM32,071.00 dalam tempoh yang sama.

Saya pasti anda adalah seorang yang bijak dan ingin mengambil tindakan PANTAS dan tidak mahu menangguhkan peluang KEEMASAN ini…FAST ACTION…FAST RESULT… :) 

Ok, jumpa lagi dalam posting seterusnya atau anda boleh emailkan saya di clementjouling@yahoo.com untuk kita berjumpa bagi saya menerangkan lebih lanjut tentang cara pemindahan simpanan KWSP ke Dana Unit Amanah.

Salam Hormat.

Clement Jouling ialah Perunding Unit Amanah berlesen (Licensed Unit Trust Consultant). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang instrumen pelaburan dan pelaburan unit amanah, boleh hubungi beliau terutamanya buat anda yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya.